Thursday, September 10, 2009

Gerbang Lailatulqadar

Firman Allah s.w.t : " Sesungguhnya kami telah menurunkanya ( Al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakan malam kemuliaan itu?. Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhanya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar." (Surah Al-Qadr : 1-5)


Rasulullah saw bersabda:
"Barangsiapa yang bangun pada malam Lailatul Qadr kerana keimanan dan keikhlasan, nescaya akan diampuni dosanya yang telah lalu." (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Satu lagi peluang dibuka buat kita yang bergelar hamba Allah. Kini kita sudah berada dalam semester ketiga iaitu " itqun minannar", juga di sana disediakan malam Lailatulqadar. Pastinya sepuluh malam terakhir ini dinanti-nantikan kita semua. Ataukah kita lebih menantikan Aidilfitri yang sangat menggembirakan kita? tidak terasa sedihkah kita akan ditinggalkan bulan yang tersangat mulia ini?

Persoalan ini boleh jadikan renungan buat kita semua melihat disaat akhir ramadan kian malas dalam diri dirasai. jangan biarkan diri kita malas lagi, kerana tidak lama lagi ianya akan pergi bgitu pantas meniggalkan kita. Pergi tak kembali!".

Sepatutnya diakhir ramadan ini bertambah-tambah lagi kita melaksanakan amalan demi mencari redhoNya.

Daripada ‘Aishah r.anha berkata,“Ya Rasulullah! Beritahulah kepada aku sekiranya aku tahu malam manakah Lailatulqadar,apakah doa yang sepatutnya aku pohon?”Baginda S.A.W. bersaba,“Katakanlah : (Allhumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anna)Ya Allah sesunnguhnya Engkaulah Maha Pengampun dan Engkaulah sukakan pengampunan,maka ampunilah daku.”Riwayat Ahmad,Ibn Majah dan At-Tirmizi

Riwayat Tarmizi daripada umamah :
" Tiada sesuatu jalan yang paling baik untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t seperti apa yang keluar daripadaNya iaitu Al-Quran."

Dengan itu perbanyakkan membaca Al-Quran dan mendengar dengan penuh tafakkur, tadabbur serta memahaminya berganda-ganda tambahan disaat pecutan terakhir ini.

Firman Allah :"Maka berzikirlah kepadaku (Zikrullah)nescaya Aku akan mengigatimu."(Al-baqarah :152)

Maka marilah kita sama-sama memenuhi malam terakhir dengan bermujahadah tanpa mengira penat dan lelah. Jika kita tidak mampu di bulan ramadan ini, bagaimana keberadaan kita di bulan-bulan lain..? renungi dan hayatilah......

Jika kita berada disaat begini tiada guna lagi...


Nasihat buat diri.

0 comments:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP