Tuesday, July 28, 2009

Kenangan lama

Ini gambar kenangan lama antara saya, razki dan sahabat arab daripada Yaman, Saudi dan sorang lagi memang asal dari Malaysia yang belajar di Yaman sana dan tiada dalam gambar ini, kerana dia menjadi juru kamera.

Mereka yang sudah lama berkunjung ke bumi Mesir satu ketika dahulu dan bermalam di rumah kami di Mansurah. Kunjugan mereka ke bumi Mesir bertujuan menyelesaikan kajian tesis yang akhirnya menempuh banyak pengalaman di bumi Mesir. Tandanya arab Mesir sungguh berbeza sikapnya berbanding arab Yaman dan saudi. Mereka adalah pelajar awai'il iaitu terbaik di sebuah universiti Adab dan Terjemah di Negara Yamen.

Kata seorang sahabat dari yaman. " Ganas betul arab mesir ni!." kami dari ramsis tadi, habis beg kami dikebas! kami turun dan bayar tambang dulu, ingatkan sama ngn arab yamen, tiba-tiba selesai bayaran, terus jalan.."sedih tul..biasa arab Yaman kalau beg kami terlupa dalam teksi pun mereka akan hantar hantar balik..". Ceritanya dengan penuh kesedihan.

Selesai sudah pengaduan mereka dan apa yang paling penting tesis perlu diselesaikan, walaupun bahan yang ada tidak mencukupi, habis dicuri.

Kenangan yang ada hanya tinggal kenangan. Saya dan sahabat yang berkunjung sudah sekian lama terputus talian. Tu lah..kalau-kalau ada menjengah blog ni hubungi la..kot2 kawan-kawan nk ke yaman lepas ni..mudah..hehe..

ok sekian wsslam...

0 comments:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP