Thursday, July 9, 2009

Bersua kembali

Sudah lama rasanya saya sudah tidak menulis,bukan kerana malas tapi oleh kerana kesibukan sana-sini.jika sibuk hanya di mansurah mungkin ada juga kesempatan untuk menulis.Namun,lain tempatnya yang membuatkan tidak ada sangat ruang masa untuk sama-sama bersua di ruangan blog saya yang telah lama usang..hahah..

Saya bukanlah penulis hebat yang beria-ria untuk mengajak pembaca blogger semua untuk membaca blog saya dan mengambil pandangan yang saya luahkan di sini.Sebab saya hanya kadang-kadang saja menulis ,mengikut masa yang ada dan apa saja yang saya mahu menulis.Bahkan kadang-kadang idea dah tak ada ..maka biarkan saja blog ini kesepian.

Sehari-dua ni selepas saja cuti semester ke dua masa yang ada sangat berharga buat saya untuk dimuatkan dalam memori hidup insan kerdil seperti saya ni.Tujuannya tidak lain mencari keredhoaanya.Saya sememangnya kurang menetap di Mansurah Jaziarah Al-Ward ini buat sekian masa sebelum ini.Saya memohon maaf buat rakan-rakan yang pulang ke Malaysia,samada bercuti sahaja mahupun pulang selesai pembelajaran di bumi Mesir ini.Mohon maaf kerana saya tidak berkesempatan untuk menziarahi antum semua.Moga kita bertemu kembali..,tidak di dunia maka di akhirat kelak ...

Sudahla rakan-rakan tidak sempat saya "Wada".Inikan pula anak murid kelas Al-Quran(adik-adik perubatan) yang saya sentiasa bersama setiap minggu.Tidak juga saya kunjung ziarah untuk sama bermohon-maafan..maaf bersangat-sangatan..huhuh.Moga kalian memahami Ostad" hampa ni.Tiba masanya InsyaAllah kita akan ketemu.

Semalam baru saja saya tiba di Mansurah.Kembalinya saya terus ke Bazaria di Dewan PJA yang saya rasakan menjadi kezutan buat saya sebenarnya.Program Bazaria pada penyusanan awal digabungkan siswa dan siswi.Namun atas dasar beberapa masalah maka tander hanya dibuka bagi Siswi sahaja.tapi tak per lah..siswa juga boleh turut serta menjadi pelanggan,boleh makan...Alhamdulillah...

Tapi itu bukan faktor utama saya ke bazar.saya suka ke bazar oleh kerana boleh jumpa dengan ramai orang.Sekurang-kurang tidak sempat saya ziarahi ke rumah,boleh ketemu di tapak Bazar.Makan pun boleh,jalinan ukhuwah juga sama dapat kita rapatkan..

Kini saya sudah sini dan dapat meneruskan kerja-kerja di sini yang masih belum selesai....sekian wassalam...

Salam Ukhuwah Fillah
Akhi Abd kadir

0 comments:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP