Thursday, June 11, 2009

Al-Fatihah...

Al -Fatihah buat saudara Ammar Bin Zulkifli Pelajar Perubatan Kaherah yang telah kembali ke rahmatullah semalam akibat kemalangan.Semoga beliau tergolong bersama para syuhada'.

Kiriman dari emak kepada saudara Ammar untuk renungan kita bersama :-
Assalammualaikum semua anak-anak, Ini Ummu Ammar makcik mengharapkan anak-anak yg berada sekitar ini marilah kita semarakkan semangat jihad datanglah beramai-ramai semasa pengkebumian dia pagi ahad ini. Kita ambil semangat dia dan kita semua berubah kepada keredhaan Allah. maaf kesalahan dia dan kalau dia berhutang apa-apa saja sila bagitau makcik..

Ketika saya mendapat khabaran yang mengejutkan ini,saya dan ahli bait baru saja pulang dari menziarahi ayah kepada sahabat saya akhi Yasir yang baru tiba dari Malaysia ke bumi Mesir ni.Dalam percaya dan tidak maklumat yang saya dapat melalui talian yahoo mesengger,sudah pasti memerlukan kepada penilaian.

Akhirnya,Azizan jiran serumah kami dapat mengesan kepulangan kami,lantas dengan pantasnya beliau turun kebawah untuk menceritakan hal tersebut.Walaupun keesokan hari beliau akan menduduki imtihan.Kemudian beliau menceritakan dengan nada yang sedih.Allahuakbar... hanya Allah yang tahu ...rupanya sahabat kenalan rapatnya yang meninggal tersebut.

Setiap yang hidup pasti akan mati.Allah lebih sayang dia...itu yang mampu
diungkapkan".Di tambah lagi bila mendengar berita bahawa,mereka dalam pejalanan melaksankan kerja-kerja Islam.MasyaAllah....Alhamdulillah beliau tidak sempat pulang bantu di Malaysia,tapi di sini beliau telah laksanakannya....

Firman Allah swt :
Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu ; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat melewatkanya dan sesaatpun tidak dicepatkanya". (Al-A'arof 34).

Mudah-mudahan kita yang masih diberi ruangan oleh Allah swt...hendaklah sentiasa bersegera dalam melaksanakan amal soleh.......

0 comments:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP