Sunday, April 5, 2009

Moga dimenangkan

Assalamualaikum wbth..

Suasana sambutan pilihanraya yang semakin hari semakin rancak di bukit gantang,bukit selambau,batang air yang akan berlansungnya pada 07/04/2009 bersamaan 11 Rabiulakhir 1431 ini.Ianya diharapkan dipenuhi ruangan sebelum tibanya dengan pengisian kesedaran yang baik kepada seluruh rakyat.

Cukup dirasai saya yang masih lagi berada diluar negera dengan perkembangan yang baik yang telah ditunjukkan oleh kepimpinan dan rakyat seluruhnya demi memenangkan parti yang membela kebajikan rakyat dan keadilan ini.

Saya yakin bahawa rata-rata anak muda,golongan separa tua,dan tua seluruh negara kesemunya turun bersama bekerjasama demi dimenangkan parti ini hanya atas dasar kefahaman yang sangat jelas.Berbanding dengan beberapa dekat dahulu kala "Rakyat mudah dipujuk dengan kebendaan".Namun semuanya berubah kerana rakyat hari ini sudah ramai yang berpelajaran.

Dulunya mereka takut kerana mereka tidak mempunya ilmu tentang ini.Seperti bak kata Dato' Hassan Ali "Dulu rakyat dalam proses pembodohan"jadi kita selaku rakyat jangan sekali-kali terjerumus lagi dalam proses sebagini.

Semua rakyat sudah pasti akan mengundikan kepimpinan yang akan membela mereka dan memberi kebajikan kepada mereka semaksima mungkin.Bagi saya kebajikan yang saya amat hargai adalah kebajikan menyedarkan rakyat hakikat kesedaran diri.Yang dimaksudkan ini adalah memberi kesedaran kepada seluruh rakyatnya dengan mengajak kepada kebaikan dan mencegah daripada melakukan keburukan.

Melihat dari sudut permasalahan sosial anak muda hari ini begitu kritikal yang memerlukan kepada kepimpinan yang berjiwa ingin mengubah suasana dan memberi kesedaran yang baik.Sepertimana terlaksanya di Negeri Kelantan yang perlu di contohi dengan majlis-majlis yang begitu harmoni.

Selamat mengundi

0 comments:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP