Friday, February 27, 2009

Tasji'at buat saya..

"Orang yang berpegang teguh dengan agamanya seperti memegang bara api"


Daripada Anas r.a berkata : Rasulullah saw.bersabda ;" Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang dengan agamanya laksana mengenggam bara api".

Hadis Riwayat Tarmizi.

Walaupun cabaran dan tekanan yang dikecapi kepada umat Islam,undividu mahupun kumpulan yang ingin mempertahankan Islam akhir-akhir zaman ini. Di saat umat manusia pada hari ini juga lebih memilih contoh-contoh barat untuk menjadi cara hidup!bahkan lebih meyakini teknik dan perkembangan barat yang lebih membawa kemajuan dan memberi kemenangan yang besar.Dan seterusnya terkadang terus meninggalkan kerja-kerja membantu Islam dek kerana tidak tertahan dengan cabaran dan tekanan!

Tidakkan kita semua yakini bahawa dengan pertolongan dan bantuan Allah swt kepada sesiapa yang memelihara Allah maka Allah sentiasa bersamanya,membantu,menolong,memlihara,menguatkan dan memberi taufiq kepada setiap kali dia diselubungi kegelapan dan tertekan dengan suasana."Peliharalah Allah,nescaya kamu mendapatinya bersamamu."kamu mendapatinya bersertamu,mengawal,memelihara,membantu dan menolongmu.

Sepertimana Firman Allah swt : Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berusaha dan memperbaiki agamanya."

Qotaadah berkata : "sesiapa bertaqwa kepada Allah ,Allah akan bersertanya.Sesiapa yang Allah bersertanya ,maka dia disertai oleh kumpulan yang tidak mungkin ditewaskan,pengawal yang tidak tidur dan pemberi petunjuk yang tidak sesat."

Tetapi ,pertolongan Allah swt dan bantunya berkait rapat dengan sejauhmana perlaksanaan perintah dan mejauhi laranganya.oleh itu sesiapa yang mentaati Allah swt ,Allah akan menolong dan membantunya dan sesiapa yang menderhakainya ,Dia akan membiar dan menghinanya.

Firman Allah swt : kalau kamu membela agama Allah ,necaya Allah akan membela kamu (untuk mencapai kemenagan) dan meneguhkan pendirian kamu."Muhammad : 7)

Juga dalam Firman Allah swt :"Jika Allah menolong kamu,maka tidak ada siapapun yang dapat megalahkan kamu,dan jika Allah mebiarkan kamu (tidak memberi petolongan )maka siapa gerangan yang dapat menolong kamu (selain) daripada Allah sesudah itu ?'

Oleh kerana itu ,Kita selaku para pejuang perlu mengambil keyakinan ini dan terus berusaha menggerakkan seluruh kudrat amanah Allah ini agar generasi-generasi mendatang dapat merasai risalah dakwah Islam agama yang suci ini.

0 comments:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP