Thursday, May 8, 2008

Renungan akhir zaman "Qiamat"


Mungkin zaman sekarang ini sudah mendekati keadaan yang telah digambarkan oleh Rasulullah s.a.w. Masyarakat semakin sudah tidak lagi pedulikan landasan agama,hanya mangikut hawa nafsu dalam mengejar apa yang dicita-citakan.

Sudah berapa banyak tanda-tanda hari kiamat telah pun kita lihat terpampang dihadapan mata kepala kita ,tanpa kita sedari tanda-tanda tersebut akan mangundang kita bertemu Allah s.w.t dalam keadaan yang cukup mengejut.Dan apa yang kita bimbangkan adalah berapa banyakkah amalan yang kita telah lakukan.

sahabatku yang dikasihi,

satu hadis yang ingin saya bawa dan ingin berkongsi dengan sahabat sekalian,untuk kesedaran kita bersama.Diantara pertanda-pertanda yang akan berlaku menunjukkan bahawa akan tibanya hari kiamat pada bila-bila masa.

Hadis ; .

Maksudnya : Daripada ibnu omar r.a berkata : Berhadap Rasul saw kepada kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda ; "Wahai kaum muahjirin,lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya(kalau kamu telah mengerjakanya),maka tiada kebaikan lagi bagi kamu.Dan aku berlindung dengan Allah swt.Semoga kamu tidak menemui masa itu.Perkara -perkara itu ialah:

1) Tiada terzahir (nampak)perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukanya,kecuali mereka akan ditimpa penyakit taun yang cepat merebak di kalangan mereka,dan mereka akan ditimpa penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.

2) Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan ,kecuali mereka akan diabalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka.

3) Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali diatahan untuk mereka air hujan dari langit.Jiakalau tiada ada binatang (yang juga hidup diatas permukaan bumi ini)tentunya tidaka akan diberi hujan oleh Allah swt.

4) Dan tiada mereka mangukir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan keatas mereka musuh mereka,maka musuh itu merampas sabahagian daripada apa yanag ada ditangan mereka.

5) Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam Al- Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan,maka (disaat itu)Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri".

Renungan ini adalah untuk dikongsi demi menyedarkan kehidupan kita yang semakin pendek masanya,yang terkadang kita alpa dek terlampau banyaknya kemodenan masa kini.Ayuh ,kita buktikan kita mampu menjadi hamba Allah sanggup menabdikan keranya (Allah) demi mendapat redhonya.Kehidupan kita didunia hanya sementara dan kita akan kekal diakhirat buat selamanya...


0 comments:

  © Blogger template 'Solitude' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP